Read More.. .breadcrumbs {padding: 5px 5px 5px 0px; margin: 0px 0px 15px 0px; font-size:95%; line-height:1.4em; border-bottom:3px double #e6e4e3;} -->

Senin, 01 Agustus 2011

Sinopsis Novel Ingin Hati Melukis Kata



Terbitan Fajar Pakeer Sdn. Bhd. (2010)
ISBN 9789833880911
Sem. Malaysia RM19.90
Sabah/Sarawak RM22.90

Menjangkau usia yang lewat membuatkan perkahwinan menjadi tuntutan. Hati mungkin belum dibuka namun hati keluarga yang sudah terlalu luas bukanya harus dijaga. Atas sebab itulah Ainsya Najma, gadis yang mendapat gelaran andartu diam menerima pilihan ibu. Begitu juga Ruzaiman, bujang terlajak akur saja dengan kehendak ibu. Namun tulisan takdir tidak seiring.
Ainsya Najma, gadis yang hanya tahu setuju, tiba-tiba menolak perkahwinan yang bakal berlangsung dua minggu lagi. Dia tidak boleh teruskannya! Dia cuba lari daripada kenyataan, namun kenyataan takkan pernah tinggalkannya. Dia perlu juga menjadi raja sehari dalam dua minggu itu—dengan pengantin lelaki berbeza! Dia kenal Solehandin sekian lama, namun lelaki itu memberi nanar dan kini Raimi hadir untuk cuba mengubati.
Ruzaiman, sukar untuk cinta mengulit hatinya walau dihidang berpuluh gadis cantik, termasuklah Jazshira, si model lampai terkenal. Namun, atas kemahuan mama, dia jalinkan juga hubungan, tanpa getaran dalam hati. Dia tahu tiada cinta untuk Jazshira namun dia terperangkap juga dalam kancah percintaan ciptaan sendiri, sehinggalah hadirnya Fadxiora, menggetar hati dan sukma.
Apakah Ainsya Najma akan membuka peluang kedua untuk Raimi? Adakah Ruzaiman akan mendapatkan cinta Fadxiora yang menggetar hati? Dan, mungkinkah peluang itu ada untuk insan asing menjadi dekat apabila hati sudah melukis kata, bahawa cinta sudah ada…?

0 komentar:

Posting Komentar